suria

Everton dalam zon penyingkiran, pengurus Silva dipecat

Silva dipecat selepas tewas 5-2 kepada Liverpool pada Khamis.

PENGURUS Everton Marco Silva dipecat selepas tewas 5-2 kepada Liverpool pada Khamis.

Silva mula menguruskan skuad Everton sejak 18 bulan lalu dan kelihatan sukar untuk menyesuaikan diri mencapai misi kelab.

The Toffess hanya mencatat kemenangan empat aksi Liga Perdana sepanjang musim ini dan kini berada di zon penyingkiran.

Walaupun masih belum mencari pengganti, namun nama David Moyes menjadi sebutan untuk mengambil alih tugas ini.

Bekas penyerang Duncan Ferguson menjadi pengurus sementara menjelang perlawanan bertemu Chelsea di Goodison park minggu ini.-Onefootball

Everton, Marco Silva, Pecat

Artikel Lain