suria

Mourinho ganti Pochettino, gaji pokok RM43 juta setahun

Mourinho dilantik menggantikan Pochettino.

JOSE Mourinho dilantik sebagai pengurus Tottenham selepas pemecatan Mauricio Pochettino pada Selasa.

Bekas pengendali Chelsea dan Manchester United itu menandatangani kontrak sehingga hujung musim 2022-2023.

"Kualiti di dalam skuad dan akademi membuatkan saya berminat untuk memimpin kelab ini.

"Saya juga teruja untuk bekerjasama dengan pemain Spurs," katanya.

Pengerusi Spurs, Daniel Levy berkata Mourinho dipilih kerana dia pengurus terhebat dalam bola sepak.

Mourinho akan mengadakan sidang media pertamanya sebagai pengendali Spurs pada petang Khamis.

Gaji asas Mourinho dianggarkan bernilai 8 juta pound sterling (RM43 juta) setahun selepas cukai.

Pengurus Lille, Joao Sacramento dan Nuno Santos akan menyertai pasukan sokongan Mourinho.

Kedua-duanya akan bekerjasama dengan jurulatih kecergasan Carlos Lalin dan analisis taktikal Giovanni Cerra yang pernah bersama Mourinho semasa di Old Trafford. - BBC

Artikel Sebelum

Artikel Lain