suria

Luqman terima anugerah khas sempena tahun akhir di AMD

Luqman tamat latihan di AMD tahun ini.

LUQMAN Hakim Shamsuddin menerima Anugerah Khas AMD- Yakult dalam satu Majlis Penghargaan dan Jamuan Akhir Tahun Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD), Gambang, Pahang Sabtu lalu.

Dia membawa pulang sijil serta wang tunai RM 500 sumbangan Syarikat Yakult (M) Sdn Bhd.

Pemain berusia 17 tahun kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu kini sedang bersama skuad bawah 22 tahun negara kendalian Datuk Ong Kim Swee ke Sukan Sea 2019 di Filipina dipilih berdasarkan prestasi dan pencapaiannya mewakili pasukan AMD mahupun pasukan negara.

Antara pencapaian Luqman ketika mewakili pasukan negara adalah muncul penjaring terbanyak AFC bawah 16 tahun 2018, Naib Juara Piala AFF U18 2019 dan membantu pasukan Bawah 19 tahun negara melayakkan diri ke pusingan akhir Kejohanan AFC Bawah 19 tahun 2020 di Uzbekistan.

Luqman juga akan berkelana ke kelab bola sepak Cardiff sebelum menyertai kelab divisyen 1 Liga Belgium, K.V Kortrijk mulai tahun 2020.

Dia juga turut diiktiraf sebagai antara 60 pemain muda berbakat dunia oleh majalah luar negara The Guardian dan turut merekodkan jaringan hatrik terpantas, 2 minit 11 saat dalam perlawanan bertemu pasukan Brunei bagi Kumpulan G Kelayakan AFC Bawah 19 Tahun di Phnom Penh, Kemboja bulan lalu.

Najmuddin terima Anugerah Atlet Elit Terbaik.

Sementara itu, Pengarah Urusan Yakult (M) Sdn Bhd, Hiroshi Hamada melihat prestasi yang di tunjukan oleh Lukman sepanjang tahun ini sangat memberangsangkan sehingga menarik perhatian pihak Yakult untuk turut sama menghargai kejayaan yang di hasilkan olehnya.

“Bagi pihak Yakult Malaysia, saya amat tertarik hati melihat kejayaan yang di capai oleh Lukman sepanjang tahun ini. Saya mengenalinya sewaktu Kejohanan Piala Sanix pada bulan Mac lepas di Fukuoka, Jepun.

"Sejak dari itu saya sentiasa mengikuti perkembangannya dan saya dapat merasakan beliau akan pergi lebih jauh lagi di peringkat antarabangsa," jelas Hamada.

Turut menerima penghargaan dalam majlis tersebut adalah Muhammad Najmuddin Akmal (Anugerah Atlet Elit), Sikh Izhan Nazrel (Pemain Terbaik Bawah 17 tahun), Ziad El Basheer (Pemain Terbaik Bawah 16 tahun), Muhammad Nabil Qayyum (Pemain Terbaik Bawah 15 tahun), Muhammad Akid Zamri (Pemain Terbaik Bawah 14 tahun) dan Muhammad Afiq Danish (Pemain Terbaik bawah 13 tahun).

Majlis yang dirasmikan oleh Lagenda bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Abdul Ismail turut meraikan 34 orang pelatih AMD bawah 17 tahun yang akan menamatkan program bersama AMD pada tahun ini.

Luqman Hakim, AMD, Anugerah, m Yakult

Artikel Berikut