suria

Klopp dedah punca Liverpool tidak berminat dengan Ibrahimovic

Klopp dedah sebab dia enggan menawarkan tempat di Anfield kepada Ibrahimovic.

PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp mengakui jika Zlatan Ibrahimovic tidak beraksi untuk Manchester United, kemungkinan besar kelabnya berminat dengan pemain itu.

Awal minggu ini timbul spekulasi mengenai The Reds yang berminat memanggil pemain itu menyarung jersi Liverpool selepas Ibrahimovic sah meninggalkan LA Galaxy pada Rabu.

Bagaimanapun, pengendali kelahiran Jerman itu memberitahu tempoh dua tahun Ibrahimovic berada di Manchester United bukanlah prestasi kemuncaknya.

"Jika dia tidak bermain dengan Manchester United sebelum ini, mungkin kami akan pertimbangkan untuknya.

"Saya tidak pasti sama ada dia mahu bermain dengan kami atau tidak. Kami adalah pasukan yang agak ekstrim.

"Dengan itu, saya saya tidak perlu lebih menghormatinya. Saya suka dengan keseluruhan kariernya, usaha serta keyakinan.

"Tetapi ia mungkin selalu tidak betul, ia hanyalah persembahan sahaja. Dia mempunayi karektor yang hebat dan saya harap dia tidak berhenti bermain bola sepak. Dunia pasti akan merinduinya," jelas Klopp kepada Sporbladet. - Dailymail.co.uk

Artikel Lain