suria

Bapa Neymar berkeras anak kekal di PSG, tolak runding hal Barcelona

Neymar. Foto Reuters

BAPA Neymar tidak berminat dengan hal kepulangannya ke Barcelona kerana katanya, anak lelakinya itu akan terus kekal di Paris-Saint-Germain (PSG).

Bintang Brazil itu sering dikaitkan dengan perpindahan ke Nou Camp sejak kebelakangan ini, meskipun meninggalkan kelab itu pada 2017.

Bagaimanapun, ESPN Brazil melaporkan Neymar Santos Senior memberitahu bahawa dia berunding mengenai urusan anaknya akan menyertai semula kelab La Liga itu.

Ditanya mengenai kemungkinan ke Sepanyol untuk berunding mengenai perpindahan ke kelab lama Neymar, bapanya berkata: "Ia tidak berlaku. Saya di Brazil dan berada di sini."

Walaupun memenangi banyak trofi di Sepanyol, Neymar memutuskan untuk meninggalkan Barcelona dan berpindah ke PSG dua tahun lalu.

Bagaimanapun, keadaannya di PSG tidak seperti yang dirancang dan pemain itu dilaporkan tidak gembira dengan kehidupannya di Paris. - Mail Online


Neymar, PSG, Barcelona

Artikel Lain