suria

Perompak Mesut Ozil teruk dibelasah di dalam penjara

Pada Julai lalu, Ozil dan Kolasinac dirompak ketika sedang memandu di utara London.

SATU rakaman yang menunjukkan seorang lelaki dibelasah teruk di dalam penjara selepas cuba merompak dua bintang Arsenal, kini tersebar di internet.

Ashley Smith, 30, yang cuba merompak Mesut Ozil dan Sead Kolasinac ditumbuk berulang kali oleh penghuni lain di penjara HMP Pentonville di utara London.

Smith pada Jumaat lalu dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun selepas mengaku cuba merompak Kolasinac dan Ozil.

Muka Smith berlumuran darah selepas ditumbuk berulang kali oleh penghuni sel yang lain.

Dalam rakaman yang tersebar itu, kelihatan muka Smith berlumuran dengan darah akibat dibelasah di bahagian tersebut, selain darah turut kelihatan pada bahagian lantai sel.

Video itu dirakam menerusi sebuah telefon bimbit yang diseludup masuk ke dalam sel.

Video itu kemudian dihantar oleh seorang banduan kepada kenalannya di luar, yang berkongsinya di Whatsapp.

Ashley Smith dan Jordan Northover yang melakukan cubaan merompak Ozil dan Kolasinac.

Pada Julai lalu, Ozil sedang memandu kereta Mercedes hitamnya di utara London ketika kereta itu ditahan oleh penunggang motosikal yang memakai topi keledar.

Imej video menunjukkan pertahanan Bosnia, Kolasinac, yang merupakan penumpang, keluar dari kenderaan dan menghadapi penyerang tersebut yang mengacukan pisau.

Bagaimanapun rompakan itu gagal dilakukan. Ozil dan Kolasinac juga dilapor tidak mengalami kecederaan .

Sementara itu rakan Smith, Jordan Northover, 26 tahun, juga mengakui penglibatannya dalam serangan itu dan sedang menunggu hukuman. - Dailystar

Mesut Ozil, Sead Kolasinac, London

Artikel Lain