suria

Ferguson terima jam Rolex sebagai ganjaran atur perlawanan United-Juventus

Sir Alex Ferguson.

BEKAS pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson didakwa terlibat kes mengatur perlawanan Liga Juara-Juara antara Red Devils menentang Juventus.

Malah mahkamah diberitahu Ferguson turut diberikan sebuah jam tangan mewah jenama Rolex sebagai ganjaran.

Giuseppe 'Pino' Pagliara, 64, membuat pendedahan itu kepada seorang wartawan yang menyamar sebagai ahli perniagaan yang mahu melabur dalam bola sepak ketika menghadiri satu rundingan secara tertutup.

Mahkamah Crown Southwark turut diberitahu bahawa Pagliara mendakwa Ferguson menerima wang daripada rundingan perpindahan pemain.

Giuseppe Pagliara.

Pendakwa Brian O'Niell QC memberitahu Mahkamah Crown Southwark bahawa Pagliara mendakwa telah membayar Ferguson untuk perjanjian itu.

"Menjelang akhir rundingan itu, Pagliara mendakwa Sir Alex Ferguson mengambil sedikit wang menerusi perjanjian tersebut.

"Pagliara mendakwa dia turut membayar Ferguson sebelum itu" katanya.

Pagliara dan ejen, Dax Price cuba meyakinkan wartawan itu (menyamar ahli perniagaan) dengan mengatur mesyuarat dengan bekas pengurus England, Steve McLaren, bekas pengendali Spurs Harry Redknapp dan pemain bola sepak, Kanu. - Dailystar

Artikel Lain