suria

Messi dedah mahu terus kekal di Barcelona

Messi bersama isteri, Antonella Rocuzzo yang hadir pada tayangan perdana filem mengenai dirinya Messi10.

LIONEL Messi mendedahkan dia mahu terus bermain dalam La Liga bersama Barcelona sekaligus peluang untuk melihat dia beraksi dalam liga lain amat tipis.

Kesangsian untuk melihat Messi melebarkan kariernya di liga lain amat jauh jika dibandingkan dengan Cristiano Ronaldo.

Namun Messi mendedahkan dia tetap akan kekal bersama Bercelona.

"Jika mereka mahu, saya sangat bertuah.

"Idea saya adalah untuk berada di sini selamanya.

"Saya fikir tidak ada yang berubah dengan pembaharuan kontrak, saya tidak tahu banyak tentang itu tetapi saya fikir ia tidak ada apa-apa.

"Selalu, dalam semua perbincangan, saya sentiasa simpankan margin, saya tidak pernah mempunyai apa-apa masalah yang berkaitan dengan kelab, secara bertentangan dan ianya selalu mudah.

"Sudah pasti apabila ia selesai, tidak akan ada masalah yang timbul dan ia akan tamat pada bila-bila masa," jelasnya kepada RAC-1. -dailymail.co.uk

Artikel Lain