suria

Tiga nama jadi sebutan sebagai pengganti Zidane

Kedudukan Zidane dilaporkan agak goyang dengan aksi hampar musim ini.

MASSIMILIANO Allegri antara pilihan utama untuk menggantikan Zinedine Zidane sekiranya dia dipecat.

Zidane berada dalam tekanan di Bernabeu selepas permulaan musim yang hambar dan tewas 3-0 kepada Paris Saint-Germain dalam aksi Liga Juara-Juara.

Laporan media di Sepanyol memberitahu kedudukan Zidane kini agak goyang, malah kelab kini sudah menyenaraikan tiga nama calon untuk menggantikannya.

Antaranya bekas pengendali Juventus, Allegri yang kini masih belum menemui mana-mana kelab selepas meninggalkan Seria A musim lalu.

Mereka juga turut mencadangkan Jose Mourinho yang kemungkinan akan kembali ke kelab ini selepas meninggal Manchester United tahun lalu.

Selain itu, bekas penyerang Real Madrid, Raul turut menjadi sebutan untuk mengambil alih tugas tersebut.

Manakala laporan Mundo Deportivo mengatakan Xabi Alonso antara orang paling sesuai menggantikan Zidane. - Dailymail.co.uk

Artikel Lain