suria

Mahu tandingi Messi, Ronaldo bercita-cita menang lebih banyak Ballon d'Or

Ronaldo berkata, dia mahu menang lebih banyak Ballon d'Or berbanding Messi. FOTO; REUTERS/Ints Kalnins.

PEMAIN Juventus, Cristiano Ronaldo percaya dia layak menerima lebih banyak anugerah Ballon d'Or berbanding Lionel Messi.

Menurut Ronaldo, 34, dia bercita-cita untuk memenangi anugerah itu lagi pada masa akan datang.

"Saya rasa saya mahu enam ke tujuh atau lapan berbanding Messi.

"Saya pasti menyukainya, dan saya rasa saya layak.

"Hubungan saya dengan dia, kami bukan kawan. Tapi kami dah berkongsi padang selama 15 tahun," kata Ronaldo.

Tambahnya lagi, dia dan Messi saling membantu kerjaya masing-masing untuk lebih maju ke depan.

"Saya ketagih pada kejayaan dan saya tak rasa ia sesuatu yang teruk. Ia bagus.

"Ia memberi motivasi kepada saya. Kalau kamu tak rasa motivasi, lebih baik berhenti,' ujarnya lagi. - Channel News Asia.

Artikel Lain