suria

Video Shaqiri lakukan high-five dengan penyokong tular

Telatah Shaqiri mendapat perhatian netizen.

TINDAKAN bintang Liverpool Xheran Shaqiri melakukan high-five dengan beberapa penyokong di Anfield berjaya mencuit hati netizen.

Rakaman semasa aksi menentang Newcastle minggu lalu itu menjadi tular di media sosial gara-gara telatah Shaqiri.

Shaqiri yang duduk di bangku simpan ketika Liverpool menang 3-1 ke atas Newcastle dilihat berinteraksi dengan penyokong semasa menuju ke terowong pemain.

Dia melakukan high-five dengan beberapa penyokong Liverpool di Anfield.

Lebih memeranjatkan, Shaqiri turut melompat untuk melakukan high-five dengan penyokong terakhir sebelum berjalan memasuki terowong.

Rakaman video itu dikongsi di laman YouTube rasmi Liverpool pada Isnin dan mendapat lebih 250,000 tontonan. -  Dailystar.co.uk

Xheran Shaqiri, Liverpool, high-five

Artikel Lain