suria

Messi jadikan saya pemain yang lebih baik - Ronaldo

Messi dan Ronaldo masing-masing pernah memenangi Ballon d'Or sebanyak lima kali. FOTO: Getty.

PEMAIN sensasi Cristiano Ronaldo mengakui persaingan dengan Lionel Messi menjadikan dia pemain yang lebih baik di atas padang.

Malah, dia cukup menikmati persaingan sihat antara dirinya dengan Messi.

"Saya sangat mengagumi kerjaya dia, dan saya hargai persaingan antara kami. Ianya persaingan yang bagus, katanya kepada stesen televisyen Portugal.

"Saya tak nafikan yang Messi menjadikan saya pemain yang lebih baik dan begitu juga sebaliknya.

"Saya ada hubungan profesional yang cemerlang kerana kami sudah berkongsi momen hampir 15 tahun.

"Kami tak pernah makan malam bersama, tapi apa salahnya suatu nanti. Tiada masalah," katanya lagi.

Messi dan Ronaldo juga pernah memenangi Ballon d'Or sebanyak lima kali. - Hindustan Times.

Artikel Lain