suria

Neymar terus kekal di PSG?

Neymar. Foto Reuters

KETEGANGAN antara Neymar dan Paris Saint-Germain (PSG) dilaporkan berkurangan ketika pemain itu dikaitkan dengan perpindahan, pada musim panas ini.

Kedua-dua Real Madrid dan Barcelona menunjukkan minat besar untuk mendapatkan bintang Brazil sebelum jendela perpindahan Eropah berakhir pada 2 September.

Bagaimanapun menurut L'Equipe, Neymar kini boleh terus kekal di PSG, berikutan hubungannya bersama kelab itu menunjukkan perkembangan positif. 

Media Perancis itu melaporkan terdapat tanda-tanda perdamaian antara kedua-dua pihak bersama pengarah sukan, Leonardo dan Neymar.

Awal musim panas ini, Leonardo mengakui kelab itu sedia menjual Neymar sekiranya mendapat tawaran yang sesuai. - Daily Mail UK


Neymar, PSG

Artikel Lain