suria

"Mereka 'dicipta' untuk sepakan penalti", Solskjaer pertahan Pogba, Rashford

Pogba melakukan sepakan penalti namun berjaya diselamatkan penjaga gol Wolve.

OLE Gunnar Solskjaer mendedahkan Paul Pogba dan Marcus Rashford diberi tugas untuk mengambil sepakan penalti.

Ia timbul selepas Manchester United seri 1-1  ke atas Wolverhampton Wanderers pada saingan Liga Perdana awal pagi Selasa.

Pada perlawanan tersebut, Pogba terlepas peluang meraih gol ketika melakukan sepakan penalti itu.

Malah Pogba dan Rashford dilihat bercakap siapa yang akan ambil sepakan tersebut.

"Kedua-dua mereka 'dicipta' untuk mengambil sepakan penalti.

"Terpulang kepada mereka untuk pilih siapa yang akan ambil 'ini saya punya'.

"Kadang kada pemain-pemain rasa cukup yakin dan Paul sudah banyak menjaringkan sepakan penalti untuk kami, hari ini Patricio menyelamatkan bola dengan baik," jelasnya.

Tambah Solskjaer dia tidak akan mengubah rutin sepakan penalti ini.

"Tak semua. Kedua-dua pemain ini mempunyai keyakinan sebelum ini, minggu sebelum ini Marcus menjaringkan gol tetapi Paul juga ada keyakinan.

"Saya suka pemain-pemain yang mempunyai keyakinan." - metro.co.uk

Artikel Lain