suria

Klopp diarah fokus trofi Liga Perdana, Liga Juara-Juara

Klopp diarah fokus untuk julang trofi Liga Perdana dan Liga Juara-Juara.

JURGEN Klopp telah diarah agar tidak menumpukan piala domestik sahaja.

Arahan itu diberi oleh pemilik kelab yang mahu melihat The Reds menjulang trofi Liga Perdana dan Liga Juara-Juara musim ini.

Liverpool gagal menjulang trofi liga liga sejak tahun 1998.

Namun skuad kendalian Klopp itu hampir meraihnya apabila hanya kekurangan satu daripada Manchester City yang mempertahankan kejuaraan musim lalu.

Menurut laporan The Mirror, pemilik Fenway Sports Group mahu Klopp fokus kejayaan liga dan Liga Juara-Juara berbanding Piala FA dan Piala Liga.

Liverpool mempunyai rekod cemerlang dalam pertandingan domestik dengan mencatat rekod lapan Piala Liga dan 7 kali Piala FA. -Dailymail.co.uk

Jurgen Klopp, Liverpool

Artikel Lain