suria

Ozil dedah punca ubah gaya rambut warna blonde

Penampilan terbaharu Ozil.

MESUT Ozil menjelaskan sebab dia mewarnakan rambutnya dan menyalahkan Alexandre Lacazette sebagai punca dia mengubah penampilannya itu.

Spekulasi perpindahan Ozil ke Fenerbahce semakin hangat diperkatakan tetapi penampilan terbaharu pemain tengah itu yang tampil dengan rambut warna blonde menenggelamkan berita panas tersebut.

Sehari selepas Ozil diturunkan dari bangku simpanan ketika menang 3-0 ke atas Colorado Rapids pada aksi pra musim di Los Angeles, dia mendapat ilham untuk gaya rambut terbaharu itu daripada Aaron Ramsey, Sergio Aguero dan Phil Jones.

Pierre-Emerick Aubameyang turut bergurau dengan penampilan terbaharu Ozil apabila membandingkannya dengan pemain bola sepak wanita Amerika Syarikat, Megan Rapinoe.

Namun pemain kebangsaan Jerman itu menjelaskan punca disebalik penampilan terbaharunya itu.

"Saya kalah pertaruhan. Atau kami kalah pertaruhan dengan Laca.

"Saya, Sead (Kolasinac) dan Shkordan Mustafi, jadi kami semua kalah," katanya.

Ozil dijangka diturunkan menentang Bayern Munich di Dignity Health Sports Park yang terletak di California pada Khamis.

Arsenal kemudian akan bertemu Fiorentina dan Real Madrid di AS sebelum kembali ke London untuk aksi menentang Lyon di Stadium Emirates.

Anak buah Unai Emery akan berkunjung ke Newcastle di St James Park untuk aksi pembuka tirai Liga Perdana Inggeris (EPL) pada 11 Ogos depan. - Metro.co.uk

Mesut Ozil, blonde, rambut

Artikel Lain