suria

Pesan Hamidin kepada Cheng Hoe, "Peluang baik tetapi jangan terlalu ghairah"

Hamidin berpesan supaya jadikan kekalahan 10-0 kepada UAE emapat tahun lalu sebagai pengajaran kepada skuad negara.

"PELUANG baik tetapi jangan ghairah," komen Presiden Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin kepada skuad Harimau Malaya selepas undian Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Malaysia diundi berada dalam Kumpulan G bersama tiga lagi negara Asia Tenggara, selain Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Undian yang berlangsung pada Rabu melibatkan 40 pasukan yang dibahagikan kepada lapan kumpulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dibelasah 10-0: "Saya Tak Tahu Apa Terjadi" - Dollah Salleh

ARTIKEL BERKAITAN: Dibelasah 10-0: "Kalau Kepala Tak Betul, Ekor Pun Tak Betul!" - TMJ

Malaysia diundi bersama Indonesia, Thailand, Vietnam dan UAE.

"Kita tengok dalam beberapa persepsi, pertama selepas undian saya dah nyatakan kepada Tan Cheng Hoe (Ketua Jurulatih Harimau Malaya) dan pemain-pemain supaya tidak terlampau ghairah walaupun bersama dengan pasukan AFF selain UAE.

"Tetapi ini satu peluang buat skuad negara kerana mereka selalu berjumpa dengan pasukan-pasukan ini sama adalah dalam perlawanan AFF atau persabahatan.

Hamidin yakin undian kelayakan pusingan kedua ini adalah peluang terbaik buat negara.

"Tetapi ini juga bukan bermakna Malaysia boleh menang mudah," ujarnya ketika majlis makan tengah hari bersama media pada Khamis.

Tambah Hamidin, beliau turut mengingatkan kepada Cheng Hoe detik hitam skuad Malaysia dibelasah UAE 10-0 Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019.

"Kedua saya ingatkan kepada Cheng Hoe mengenai kekalahan 10-0 dulu supaya dijadikan teladan kerana dalam bola sepak perkara ini boleh terjadi.

"Jadi kita kena ambil serius. Saya yakin kalau ketua jurulatih, pihak pengurusan, pemain-pemain, FAM, media dan penyokong memberi sokongan kuat, peluang untuk berada di satu tahap yang kita inginkan, InsyaAllah akan tercapai,  tetapi ini perlukan komitmen yang tinggi semua pihak terutama ketua jurulatih, pasukan selain FAM.

"Oleh itu, penyokong-penyokong bola sepak Malaysia perlu hadir ke Bukit Jalil. Kalau gagal dalam 12 paskan terbaik, kita akan diundi sekali lagi pada 2021 di China dan di situ pasukan lawan lebih sukar daripada sekarang," katanya.

Cheng Hoe positif mengenai undian Kelayaka Piala Dunia/Piala Asia kedua September ini.

Bagaimanapun Hamidin cuba untuk melihat pasukan berada dalam kedudukan 4 terbaik bagi melayakkan diri ke Piala Asia.

"Tetapi berdasarkan undian ini kita boleh mencapai dalam kedudukan kedudukan kedua terbaik," tambahnya.

Malaysia akan membuka kempen dengan bertandang ke Indonesia pada 5 September, disusuli menanti kunjungan UAE (10 September) dan aksi di Vietnam (10 Oktober). 

Selepas itu, Malaysia akan berdepan Thailand (14 November) dan Indonesia (19 November) di tempat sendiri sebelum ke UAE (26 Mac 2020).

Dua aksi terakhir menyaksikan Malaysia akan membuat perhitungan dengan Vietnam di tempat sendiri pada 31 Mac 2020 sebelum ke Thailand pada 9 Jun 2020.

Sebagai rekod, pada tahun 2015 Harimau Malaya yang dikendalikan ketua jurulatih Dollah Salleh mencatat rekod terburuk dalam arena bola sepak negara apabila dibelasah 10-0 oleh UAE dalam aksi kelayakan yang sama.

Aksi Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Stadium Mohamed Zayed, Abu Dhabi akan dikenang sampai bila-bila oleh peminat bola sepak tanah air.

Artikel Lain