suria

Pogba digesa sedar diri, lupakan hasrat tinggalkan Manchester United

Paul Pogba. Foto Reuters

BEKAS pemain Manchester United, Bryan Robson menggesa Paul Pogba supaya melupakan hasratnya untuk berpindah dari kelab itu.

Malah menurut Robson, Pogba perlu menerima hakikat bahawa dia milik Manchester United pada masa ini.

Masa depan Pogba di Old Trafford kini tidak menentu dengan Real Madrid bertekad untuk mendapatkan pemain kelahiran Perancis itu pada musim panas ini.

Pogba dan ejennya, Mino Raiola, terus bersuara sejak beberapa minggu lalu mengenai hasrat pemain itu untuk meninggalkan Manchester United.

Kelab Red Devils bagaimanapun enggan menjual Pogba dan tidak berganjak dengan penilaian pemain tersebut berjumlah £150 juta (RM775.26 juta). - Daily Mail UK

Paul Pogba, Manchester United

Artikel Lain