suria

Pilih nombor 23 di Real Madrid, Hazard harap jadi hebat seperti David Beckham, Michael Jordan

Eden Hazard. Foto Reuters

EDEN Hazard memilih jersi nombor 23 untuk dipakai di Real Madrid, kerana dia berharap untuk mencontohi kejayaan pemain hebat NBA, Michael Jordan dan LeBron James, menurut Marca.

Hazard tidak akan memakai jersi nombor 10, kerana ia kini dipakai oleh pemenang Ballon d'Or, Luka Modric, menyebabkan dia terpaksa memilih yang lain.

Jersi nombor 23 di Real Madrid kebanyakannya dikaitkan dengan David Beckham, tetapi pemain kelahiran Belgium itu berharap untuk meletakkan tanda itu pada dirinya.

Legenda pemain bola sepak keranjang, Michael Jordan menjadikan nombor 23 terkenal ketika bermain untuk Chicago Bulls.

LeBron James baru-baru ini memakainya di Cleveland Cavaliers dan Los Angeles Lakers.

Oleh itu, Hazard yang merupakan peminat bola keranjang mempunyai banyak semangat kesukanan di kelab baharunya. - Daily Mail UK

Artikel Lain