suria

Polis diminta siasat lukisan graffiti bersifat perkauman, hinaan terhadap Mbappe

PEMAIN Paris Saint-German, Kylian Mbappe menjadi mangsa terbaharu penghinaan bersifat perkauman di Perancis.

Lebih teruk, hinaan itu dizahirkan dalam bentuk seni graffiti yang dibuat di stesen kereta api di Paris.

Perbuatan itu dipercayai dilakukan oleh kumpulan berhaluan kanan negara itu.

Lukisan dan tulisan dalam seni grafiti itu dibuat di laluan REC C, salah satu laluan kereta api metro.

Ia turut melibatkan penggunaan perkataan jelik yang menghina golongan kulit hitam.

Dalam pada itu, kumpulan anti-diskriminasi negara itu memohon pihak berkuasa agar melakukan siasatan segera berhubung insiden tersebut.

Menurut pihak SOS Racisme dan Sportitude, kejadian itu bukan sahaja menyerang Mbappe secara individu tetapi turut memberi kesan kepada negara itu.

"Mbappe merupakan simbol penyatuan bangsa di Perancis dan dia berjaya dalam bidang yang diwakili.

"Namun sesetengah orang sukar untuk menerima fakta ini," ujar mereka lagi. - The Sun.

Kylian Mbappe, PSG

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain