Badrul Hisham Perlu Terus Fokus - Guru - Sukan | mStar

IKLAN

IKLAN

Badrul Hisham Perlu Terus Fokus - Guru

Badrul Hisham Abdul Manap (kanan) dan rakan sepasukannya Asnawi Hashim yang masing-masing menang pingat emas dan perak dalam acara 100 meter Kejohanan Sukan Sekolah ASEAN 2015 di Brunei, Isnin lepas.
ASIN: Seorang guru yang bertanggungjawab memperkenalkan pelari pecut muda negara Badrul Hisyam Abdul Manap dengan sukan olahraga mahu permata baharu negara itu terus fokus untuk menjadi pelari pecut terbaik.

Noraziah Kassim, 41, mahu Badrul Hisham terus fokus dengan usaha gigih dan semangat juang tinggi yang dilihatnya sendiri sejak pelari itu berusia sembilan tahun.

Beliau yang juga guru sukan olahraga ketika Badrul Hisyam menuntut di Sekolah Kebangsaan Batu Gajah di sini berkata bakat dan potensi anak muda itu dalam sukan olahraga terserlah sejak kecil sekali gus dipilih menyertai Program Pembangunan Sukan melalui Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia.

"Bakat semulajadinya berlari dengan pantas tidak boleh dinafikan, dia juga seorang yang aktif, ketara sangat berbanding pelajar lain. Kemahuannya untuk berjaya dalam bidang olahraga sangat tinggi dan dia mempunyai fokus serta hala tuju dalam bidang ini," katanya kepada Bernama.

Badrul Hisham melakar sejarah memadam rekod 17 tahun acara 100 meter kebangsaan milik Watson Nyambek dengan catatan 10.29s, 0.01 saat lebih pantas daripada rekod milik Watson, di Kejohanan Sukan Sekolah ASEAN 2015 di Brunei pada Isnin lepas.

Anak jati Melaka berusia 18 tahun itu meneruskan penguasaannya dalam acara pecut apabila memecahkan rekod kejohanan miliknya sendiri 21.61s bagi acara 200m yang dilakukannya tahun lepas, dengan catatan 21.39s untuk menrangkul pingat emas keduanya Selasa lepas.

Noraziah berkata beliau sering mengingatkan Badrul Hisyam bahawa dia perlu bersungguh-sungguh dalam bidang sukan dan tidak boleh melakukannya sekerat jalan.

Katanya, kejayaan anak didiknya itu membuktikan usahanya memujuk keluarga Badrul Hisyam untuk menyertai olahraga tidak sia-sia dan berharap ia adalah tiket untuk anak muda itu terus berjaya dalam hidup dan masa hadapan yang cerah.

"Banyak lagi cabaran yang perlu ditempuhinya. Sekarang ini dia telah berjaya melepasi fasa yang mana ada pihak sebelum ini memperkecilkan kebolehannya, yang penting dia perlu berjaya," katanya.

Noraziah berkata beliau sentiasa bersama Badrul Hisyam ketika menjalani latihan sebelum pelari pecut itu berpindah ke Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail Bandar Penawar Johor untuk meneruskan pelajaran di tingkatan empat.

Artikel Sebelum

Keputusan Kejuaraan

Artikel Berikut

"Chong Wei Tahu Apa Dia Buat" - Khairy

IKLAN

IKLAN

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Rafizi luah kecewa pada siapa?

Hadiah Krismas 'Jho Low' melucukan