Azizulhasni Bimbang Cedera Lagi

Diterbitkan: Khamis, 7 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang berazam mahu mengelak sebarang kecederaan pada sesi latihan mahupun pertandingan sebelum Sukan Olimpik di London tahun depan.

Katanya beliau bimbang dan takut sekiranya kecederaan berikutnya akan menjejaskan peluang untuk meraih pingat emas pertama negara pada temasya Sukan Olimpik 2012 di London.

Azizulhasni, 23, telah selesai menjalani rawatan pemulihan selama lima bulan di Institut Sukan Negara (ISN) ekoran kecederaan betis kirnya pada Piala Dunia Klasik di Manchester, England, Februari lalu.

"Perjuangan saya adalah untuk merealisasikan impian rakyat Malaysia melihat negara meraih emas pertama Sukan Olimpik dan itu menjadi keutamaan saya," katanya ketika ditemui Bernama pada majlis pelantikannya sebagai Duta Sukan Maxis di sini, Rabu.

Pelumba trek itu akan kembali semula ke trek buat kali pertama selepas mengalami kecederaannya di Manchester pada temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) di Shenzen, China, dari 12 hingga 23 Ogos ini.

"Saya akan lebih berhati-hati dan tidak terlampau memaksa diri apabila beraksi di Shenzen nanti," kata pelumba itu yang terkenal dengan gelaran 'the pocket rocketman' itu.

Atlet dari Terengganu itu berkata beliau akan kembali ke Melbourne, Australia pada Jumaat ini untuk memulakan latihan seperti biasa di bawah bimbingan jurulatih John Beasley.

"Sekarang telah tiba masanya untuk saya kembali berlatih sebagai persiapan untuk Olimpik London 2012 dan mendapatkan semula rentak kayuhan saya," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan