suria

T'Team HIlang Khidmat Penjaga Gol Utama

KUALA TERENGGANU: T'Team mungkin tidak dapat menggunakan khidmat penjaga gol utama mereka bagi menghadapi saingan Piala Malaysia.

Jurulatihnya Yunus Alif berkata kedua-dua penjaga gol utama iaitu Shamsuri Mustafa dan Zairi Idris masing-masing akan menjalani pembedahan.

Shamsuri cedera dilutut dan tidak diturunkan sejak Mei lepas manakala Zairi mengidap apendiks.

"Sekarang kita terpaksa bergantung kepada seorang penjaga gol pinjaman dari pasukan lain untuk pertandingan Liga Super Rabu ini dan kempen Piala Malaysia nanti," katanya ketika dihubungi Bernama.

"Kita tidak ada pilihan lain dan terpaksa menggunakan khidmat penjaga gol pinjaman," kata Yunus.

Beliau berkata beliau telah mengenal pasti penjaga gol daripada daripada beberapa pasukan yang tidak layak ke pertandingan Piala Malaysia untuk dipinjamankan kepada pasukannya.

"Rundingan akan dibuat dengan pasukan-pasukan berkenaan dalam masa terdekat kerana T'Team akan membuat persiapan lebih awal untuk menghadapi kejohanan berprestij itu," katanya.

Yunus berkata T'Team juga mungkin akan mencari pemain tambahan terutama di bahagian pertahanan bagi memantapkan pasukan.

Beliau berkata sasaran T'Team ialah sekurang-kurangnya melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain