Sukan SEA: Lima Pelumba Basikal Terengganu Di Senarai Untuk Latihan - Sukan | mStar

Sukan SEA: Lima Pelumba Basikal Terengganu Di Senarai Untuk Latihan

Diterbitkan: Isnin, 4 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Lima atlet lumba basikal Terengganu disenaraikan untuk mengikuti latihan pusat bagi menghadapi Sukan SEA di Indonesia pada November ini.

Jurulatih Terengganu Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berkata mereka ialah Mohd Shahrul Mat Amin, Mohd Saufi Mat Senan, Hariss Salleh, Adiq Husainie Othman dan Amir Mustafa Rosli.

"Kita baru menerima maklumat daripada Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) mengenai pemilihan pelumba-pelumba ini," katanya kepada Bernama ketika dihubungi, di sini Ahad.

Selain itu katanya, atlet lumba basikal wanita Suriani Mohamad juga dipertimbangkan untuk disenarai dalam skuad kebangsaan ke temasya berkenaan.

Beliau berkata Mohd Shahrul dan Mohd Saufi akan menjalani latihan di Palembang, Indonesia bermula 8 hingga 13 Julai ini, manakala latihan seterusnya dijadualkan di Chiang Mai, Thailand, dari 30 Julai hingga 28 Ogos.

Kemudian kesemua atlet terbabit akan berlepas ke Melbourne, Australia bagi mengikuti latihan pusat, katanya.- BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan