suria

Saya Tidak Tahu Apa-Apa: Selvaraj

PETALING JAYA: Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj (gambar) masih menunggu surat atau arahan mengenai statusnya bersama persatuan itu.

“Saya hanya mengetahui perkara ini melalui laporan di akhbar dan tidak diberitahu secara terus mengenai status separuh masa seperti yang diinginkan oleh presiden (Datuk Seri Nadzmi Mohd Salleh).

“Saya dilantik untuk memikul tugas ini oleh presiden sendiri, dan saya masih menunggu arahan atau surat mengenainya.

"Jika benar, saya patut dimaklumkan tentang perkara ini. Tetapi buat masa sekarang saya tidak tahu apa-apa. Jika tidak ada sebarang berita, saya akan teruskan tugas saya seperti biasa.

“Saya masih meneruskan tugas sehingga kini. Saya tidak boleh memberi komen mengenai perkara ini kerana ia di luar bidang kuasa saya,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Isnin.

Kenyataan akhbar sebelum ini melaporkan Nadzmi ingin melihat jawatan itu dikemudikan secara sepenuh masa memandangkan tugas separuh masa tidak berjalan lancar.

BAM juga bercadang untuk melantik orang lain jika Selvaraj tidak boleh menjalankan tanggungjawab secara sepenuh masa.

Sejvaraj dilantik sebagai pengarah pada September tahun lalu secara separuh masa kerana tugasnya sebagai Pengurus Kanan di Bata Malaysia.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain