Kejuaraan Wimbledon Milik Djokovic

Diterbitkan: Isnin, 4 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Novak Djokovic dari Serbia mencium trofi selepas mengalahkan Rafael Nadal dari Sepanyol dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki kejuaraan Wimbledon di London pada 3 Julai, 2011. - Foto REUTERS
Novak Djokovic dari Serbia mencium trofi selepas mengalahkan Rafael Nadal dari Sepanyol dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki kejuaraan Wimbledon di London pada 3 Julai, 2011. - Foto REUTERS

LONDON: Novak Djokovic menjuarai gelaran Wimbledon pertamanya pada Ahad selepas menewaskan juara bertahan, Rafael Nadal 6-4, 6-1, 1-6, 6-3 sekali gus menyambut status selaku pemain No.1 Dunia dengan penuh bergaya.

Kejuaraan itu merupakan gelaran ketiga Grand Slam buat pemain berusia 24 tahun itu, menambah kepada dua koleksi Terbuka Australia yang dimenanginya pada 2008 dan 2011 di samping kemenangan ke-50 daripada 51 perlawanan yang dia beraksi tahun ini.

Djokovic akan mengambil alih kedudukan pemain No. 1 Dunia daripada Nadal, selain turut mengecewakan juara Wimbledon dua kali (2008 dan 2011) dari Sepanyol itu mengutip kejuaraan Grand Slam ke-11 dalam kariernya.

"Adalah sukar untuk menjelaskan perasaan saya sekarang. Ia pastinya hari terbaik dalam hidup saya. Ini merupakan salah satu kejohanan teristimewa yang saya sering idam untuk memenanginya sejak dari kecil lagi. Saya umpama masih tengah tidur dan dibuai mimpi.

"Nadal sering mengalahkan saya dalam perlawanan penting terutamanya Grand Slam. Jadi saya rasa kali ini saya berada pada tahap terbaik untuk mengatasinya dan saya fikir saya mempamerkan persembahan terbaik di atas gelanggang rumput," katanya.

Nadal mengakui Djokovic bermain lebih cemerlang dalam perlawanan pada Ahad.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan