suria

Muhyiddin Lepaskan Peserta Walkathon Bukit Damansara

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad melepaskan peserta walkathon amal di Pusat Komuniti Bukit Damansara di sini.

Program "Walk for Charity", yang disertai 542 penduduk di sekitar Bukit Damansara daripada pelbagai lapisan umur, membabitkan jarak perjalanan pergi balik sejauh lapan kilometer.

Terdahulu, Muhyiddin yang tiba pada pukul 7.50 pagi disambut meriah oleh para peserta sebelum berbual, bersalaman dan bergambar dengan mereka.

Program anjuran Persatuan Pemilik Rumah Bukit Damansara itu bertujuan mengumpul dana untuk tabung kebajikan persatuan bagi diagihkan kepada penduduk kawasan itu yang kurang bernasib baik selain merapatkan hubungan silaturrahim sesama penghuni kawasan itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain