Terengganu Masih Ada Peluang Juarai Liga Super: Irfan Bakti

Diterbitkan: Jumaat, 1 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Peluang Terengganu untuk menjuarai saingan Liga Super 2011 masih terbuka, kata ketua jurulatih pasukan itu Irfan Bakti Abu Salim.

Beliau berkata ini berdasarkan rekod pertemuan dua pasukan teratas iaitu Kelantan dan Selangor dengan lawan masing-masing kurang memberangsangkan.

Katanya, perlawanan terakhir pada 6 Julai ini menyaksikan tiga pasukan teratas liga termasuk Terengganu, akan bertandang ke tempat lawan.

"Harus diingat Kelantan akan bertandang ke Sabah, yang mana bukan senang untuk kalahkan tuan rumah itu, dan kalau kita lihat, hanya tiga pasukan yang berjaya mencipta kemenangan ketika bermain di Sabah pada musim ini, iaitu Terengganu, Selangor dan Johor FC.

"Justeru, saya melihat Terengganu masih mempunyai peluang untuk bergelar juara Liga Super, dan kita akan memanfaatkan sepenuhnya peluang tanpa mengira apa jua keputusan yang diperoleh lawan nanti," katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin, Khamis.

Mengenai barisan pemain yang bakal diturunkan pada perlawanan itu, Irfan Bakti berkata beliau memilih menurunkan skuad utama ketika menentang Kelantan pada perlawanan akhir Piala FA awal Jun lepas.

"Alhamdulillah, kesemua pemain utama kita dapat diturunkan, dan sudah tentu mempunyai harapan yang tinggi untuk dinobatkan juara Liga Malaysia selepas berjaya menjulang Piala FA 11 Jun lalu," katanya.

Beliau juga enggan mengulas persiapan untuk saingan Piala Malaysia yang dijadual selepas Hari Raya Puasa kerana ingin memberi tumpuan terhadap perlawanan terakhir menentang Felda United Rabu depan.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan