suria

Manchester City Intai Khidmat Nasri, Clichy

Clichy dan Nasri dikaitkan dengan perpindahan ke Eastlands.
Clichy dan Nasri dikaitkan dengan perpindahan ke Eastlands.
Clichy dan Nasri dikaitkan dengan perpindahan ke Eastlands.

BEBERAPA laporan media pada Khamis melaporkan bahawa Manchester City sedang giat memburu pemain tengah Arsenal Samir Nasri dan semakin hampir untuk menyempurnakan perpindahan Gael Clichy.

Kedua-dua bintang kebangsaan Perancis itu masih mempunyai baki kontrak selama setahun bersama The Gunners dan City dilaporkan menawarkan kontrak lumayan terhadap mereka.

Ejen Nasri dilaporkan telah bertemu dengan City pada Khamis untuk membincangkan mengenai perpindahan ke Eastlands bernilai 20 juta pound (RM96.6 juta).

Nasri yang disenarai pendek untuk menerima anugerah Pemain Terbaik PFA selepas menjaringkan 10 gol musim lalu masih enggan memperbaharui kontrak di Emirates.

Sehubungan itu, beliau turut dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United.

Pemain tengah sensasi itu berpindah ke Arsenal dari Marseille pada musim panas 2008.

Desas-desus mengenai perpindahan rakan sepasukannya, Cesc Fabregas ke Barcelona yang akan direalisasikan dalam tempoh terdekat mungkin menguatkan lagi niat Nasri untuk meninggalkan Arsenal.

Perpindahan Clichy ke Eastland bernilai 7 juta pound (RM33.8 juta) juga dilaporkan berada di peringkat akhir perbincangan.

Clichy, satu-satunya pemain dalam skuad itu yang mempertahankan rekod tanpa kalah pada saingan Liga Perdana Inggeris musim 2003/2004 masih kekal bersama Arsenal sehingga hari ini.

Artikel Lain