Kelantan Rampas Takhta Liga Super

Diterbitkan: Ahad, 29 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kelantan kembali merampas kedudukan teratas Liga Super setelah berjaya mengutip tiga mata penuh apabila mengalahkan Pahang 1-0 di Stadium Sultan Mohamad Ke-4, Kota Baru pada Sabtu malam.

Berbaki tiga lagi perlawanan, Skuad bimbingan M.Karathu kini berkongsi 47 mata bersama Terengganu namun mempunyai kelebihan dari sudut jaringan.

Gol kemenangan Kelantan dijaringkan oleh Mohd Badri Radzi seawal minit ke-8.

Terengganu gagal meneruskan rentak kemenangan setelah dikecewakan Kedah 0-1 di hadapan penyokong sendiri pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Badrol Baktiar menjadi wira bagi skuad Hijau Kuning apabila menjaringkan gol pada minit ke-43.

Turut mencatat kemenangan pada malam ini ialah Selangor yang berjaya menumpaskan Negeri Sembilan 2-0 di Stadium Shah Alam.

Di Stadium Perak, Ipoh, pasukan tuan rumah berjaya mengunakan kelebihan bermain di tempat sendiri setelah berjaya mengalahkan T-Team 2-0.

Dua gol Perak dijaringkan oleh Mohd Syazwan Mohd Roslan minit ke-45 dan Shazuan Ashraf (minit ke-87).

Pasukan tercorot, Perlis sekali lagi tumpas 0-1 kepada Felda United pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Utama Negeri, Kangar.

Di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, pasukan tuan rumah gagal mengunakan kelebihan bermain di tempat sendiri setelah tumpas 1-2 kepada Johor FC.

Dua gol bagi pasukan pelawat disumbangkan oleh Azizan Baba pada minit ke-8 dan minit ke-35.

Gol saguhati Kuala Lumpur pula dijaringkan oleh Khairul Anuar Shafie pada minit ke-84.

Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Harimau Muda A mengalahkan Sabah 2-0. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan