Selangor PKNS Tempat Kedudukan Awal Sebagai Juara Liga

Diterbitkan: Selasa, 24 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan Selangor PKNS, yang menempah awal gelaran juara bola sepak Liga Perdana musim ini, terus mengutip tiga mata selepas berjaya menumpaskan Pulau Pinang 1-0 dalam perlawanan di Stadium Negeri Batu Kawan di sini, petang Isnin.

Berbaki hanya dua permainan, Selangor PKNS kini mengumpul 54 mata selepas 20 perlawanan.

Gol kemenangan pasukan itu diperoleh menerusi tandukan Abdul Rahman pada minit ketujuh selepas kapten Selangor PKNS, Mohd Fadhil Mohd Hashim membuat hantaran dari sebelah kiri pintu gol.

Skuad bimbingan Abdul Rahman Ibrahim yang mendapat banyak peluang pada separuh masa pertama, gagal melakukan penyudah sempurna.

Turut mencipta kemenangan ialah Sarawak yang membelasah USM FC 4-1 di Stadium Negeri Petrajaya, Kuching.

Empat gol pasukan itu dijaringkan Ashri Chuchu pada minit ke-48 dan 50, Bobby Gonzales (minit ke-70) serta Benedict Martin (minit ke-85).

Gol saguhati pasukan pelawat dijaringkan Muhd Afzan Zainal Abidin pada minit ke-87.

Sementara itu, di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Pasukan ATM menewaskan Harimau Muda B 2-0.

Di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pula, Sime Darby menumpaskan MP Muar 1-0 manakala pada satu lagi perlawanan, Johor menewaskan SDM Navy 3-0 di Stadium Larkin. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan