Terengganu Rapatkan Jurang Takhta Liga

Diterbitkan: Isnin, 23 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Keputusan seri 2-2 Kelantan menentang Harimau Muda A di Stadium Shah Alam nyata memberi ruang kepada Terengganu merapatkan jurang untuk berkongsi takhta Liga Super setelah mengalahkan Negeri Sembilan 3-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam Ahad.

Keputusan itu membolehkan Terengganu memintas Selangor yang kini di tangga ketiga dengan kekal 42 mata dan berkongsi 44 mata bersama Kelantan yang dibezakan dengan jaringan gol dalam kedudukan liga selepas 21 perlawanan.

Di Stadium Shah Alam, Harimau Muda A memberi sedikit tekanan walaupun membuka tirai jaringan menerusi Izzaq Faris Ramlan pada minit ke-14.

Namun, kegembiraan skuad anak didik Ong Kim Swee hanya sementara apabila skuad Kelantan memperoleh gol penyamaan hasil sepakan penjuru yag diambil Mohd Badhri Mohd Radzi sebelum ditanduk oleh S. Chanturu pada minit ke-32.

Izzaq Faris sekali lagi menjaringkan gol kedua buat Harimau Muda A pada minit ke-70 akibat bola muntah yang gagal ditampan kemas oleh penjaga gol Kelantan Khairul Fahmi Che Mat.

Bagaimanapun, Kelantan berjaya menghasilkan gol penyamaan menerusi sepakan lencong dalam kotak penalti oleh Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-86.

Di KUALA TERENGGANU, tuan rumah Terengganu ghairah memburu kedudukan teratas liga apabila kunjungan Negeri Sembilan dihukum dengan keputusan 3-0 pada aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Dua jaringan dihasilkan oleh Abdul Manaf Mamat pada minit ke-24 dan 52 manakala Mohd Ashaari Samsudin menyumbat gol penutup pada minit ke-63.

Di KUANTAN, Selangor sekali lagi bagaikan patah taring apabila tumbang 1-2 kepada Pahang di Stadium Darul Makmur.

Skuad Tok Gajah memperoleh gol pertama pada minit ke-26 yang disumbat oleh Azamuddin Mohd Akil dan Mohd Munir Amran menjaringkan gol kedua pada minit ke-80 sebelum gol saguhati Red Giants hadir pada minit-minit terakhir (min-90) menerusi sepakan percuma yang dijaringkan oleh D. Surindran.

Di KOTA KINABALU, Sabah gagal beraksi cemerlang di gelanggang sendiri apabila tumbang 1-3 kepada pasukan kelab dari Terengganu T-Team di Stadium Likas.

Tiga gol pelawat masing-masing dijaringkan oleh Zairo Anuar Zalani seawal minit ke-10, Indra Putra Mahayuddin (min-62) dan Norfahan Mohamad (min-67) sementara gol tunggal tuan rumah disumbat oleh Zainizam Marjan (min-39).

Di JOHOR BAHRU, Johor FC memperoleh kemenangan keenamnya setelah mengalahkan pasukan tercorot liga, Perlis 2-1 di Stadium JCorp, Pasir Gudang.

Dua gol Johor FC masing-masing dijaringkan oleh Rizal Zambery Yahya pada minit ke-42 dan ke-75 sementara gol saguhati Perlis dijaringkan oleh Mohd Hafizuan Salehuddin pada minit ke-32.

Di KUALA LUMPUR, keputusan 1-0 membolehkan Perak mengutip tiga mata penuh untuk menewaskan Felda United pada perlawanan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.

Di ALOR SETAR, Kedah gagal mempamerkan aksi cemerlangnya apabila sekadar terikat seri tanpa jaringan menentang Kuala Lumpur pada perlawanan di Stadium Darul Aman.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan