suria

Wenger Yakin Kelab Sanggup Berbelanja Besar Beli Pemain

PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger (gambar) yakin kelab itu mampu mengeluarkan perbelanjaan besar untuk membeli pemain jika dia bertemu dengan yang bersesuaian.

Sebelum ini dua pemain Everton, Gary Cahill dan Phil Jagielka dikaitkan dengan The Gunners. Pun begitu, Wenger sedar harga bagi kedua pemain antarabangsa England ini pastinya tinggi.

“Saya suka pemain-pemain Inggeris. Mereka bagus, tetapi seperti yang saya katakan harga untuk membeli mereka pastinya mahal. Tetapi jika kita perlukan mereka, kami sanggup berbelanja.

“Mungkin kami mampu membeli seorang pemain sahaja. Kita tengok pada yang akan berlaku nanti,” katanya.

Wenger berkata, pihaknya mempunyai senarai pemain-pemain yang dirasakan sesuai, dan akan cuba mendapatkan mereka.

“Kami kini sedang merancang untuk menguatkan lagi pasukan ini, tetapi malang sekali apa yang dirancang selalu tidak menjadi. Amat sukar untuk mencapai apa yang diingini.

“Apa yang pasti saya akan berbelanja apa yang diperlukan sahaja. Bukan senang untuk keluar dan mengatakan kami mempunyai banyak duit.

“Seperti biasa, kami akan membeli dengan harga yang berpatutan, tetapi kami juga akan melabur,” jelasnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain