Sukma: Terengganu Sasar 27 Emas

Diterbitkan: Ahad, 22 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Terengganu mensasarkan 27 pingat emas di samping 18 pingat perak dan 12 pingat gangsa pada kejohanan Sukan Malaysia ke-14 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor selama 11 hari mulai 2 Jun depan.

Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) Zainal Abidin Hussin berkata sumbangan pingat emas disandarkan daripada acara kenu, basikal trek, judo dan mendayung di samping acara lain.

Terengganu akan menghantar seramai 218 atlet lelaki dan wanita yang akan menyertai 15 daripada 19 acara yang akan dipertandingkan pada kejohanan itu nanti, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya acara yang akan disertai Terengganu ialah kenu, basikal trek, bina badan, bola jaring, bola baling, bola keranjang, bola tampar pantai, futsal, judo, lawan pedang, mendayung, ping pong, ragbi, sofball dan tenis.

Terengganu tidak mengambil bahagian dalam acara kavadi, kriket, renang irama, polo air dan silambam, katanya.

Zainal Abidin berkata, untuk mencapai impian Terengganu itu, atlet telah menjalani latihan intensif sejak beberapa bulan lepas di bawah bimbingan 24 jurulatih dan 10 pegawai.

Beliau berkata latihan peringkat akhir selama dua hari telah diadakan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berakhir malam tadi.

Katanya majlis penyerahan bendera Terengganu kepada Ketua Kontinjen Datuk Wan Ahmad Wan Muda oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said akan diadakan di Taman Tamadun Islam di sini pada 30 Mei.-BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan