suria

EPL: Lima Pasukan Tentukan Nasib Malam Ini; United Disambut Sebagai Juara

LONDON: Liga Perdana Inggeris malam ini akan menutup tirai dengan dua pasukan lagi akan menentukan nasib sama ada akan digugurkan ke Divisyen 2 musim depan.

Semua perlawanan akan bermula pada jam 11 malam.

Perlawanan malam ini akan menentukan dua pasukan manakah yang akan mengiringi West Ham yang telah pun tersingkir minggu lalu.

Pasukan-pasukan yang penentuan nasib akan ditentukan malam ini ialah Wigan, Blackpool, Birmingham, Wolves dan Blackburn.

Sementara itu, juara 19 kali, Man Utd akan disambut sebagai wira di Old Trafford malam ini. Mereka akan bertemu dengan Blackpool yang memerlukan kemenangan untuk terus kekal di Liga Perdana.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain