suria

Tiga Pemain Hoki Negeri Sembilan Terima Habuan

SEREMBAN: Tiga pemain hoki Negeri Sembilan yang membantu pasukan negara meraih pingat perak pada Sukan Asia Guangzhou 2010, mendapat penghargaan daripada Persatuan Hoki Negeri Sembilan (PHNS), Rabu.

Mereka terdiri ketua pasukan Mazli Ikmar Mohd Noor, penjaga gol S. Kumar dan pemain tengah Mohammad Marhan yang masing-masing menerima cek bernilai RM5,000 daripada Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Presiden PHNS.

Majlis itu berlangsung di Pejabat Menteri Besar di Wisma Negeri di sini.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Menteri Besar menyifatkan sumbangan itu sebagai menghargai sumbangan ketiga-tiga pemain dalam mengharumkan nama negara pada Sukan Asia.

Mazli Ikmar yang mewakili rakan-rakannya mengucapkan terima kasih kepada PHNS kerana menghargai khidmat bakti mereka.

"Kami tidak menyangka menerima sumbangan dan penghargaan ini. Sumbangan ini amat bermakna bagi kami dan ia memberi suntikan semangat kepada kami untuk beraksi lebih cemerlang lagi dalam membantu kejayaan hoki negeri dan negara," katanya.

Pada perlawanan akhir di Sukan Asia itu, skuad negara tewas 0-2 kepada Pakistan.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain