Perwakilan Tinjau Gold Coast

Diterbitkan: Rabu, 18 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELBOURNE: Kumpulan pertama perwakilan tiba di Australia bagi meninjau keadaan di Gold Coast yang menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2018.

Perwakilan dari Botswana tiba pada Isnin untuk melihat kemudahan yang terdapat di Gold Coast dan meninjau program pembangunan sukannya.

Datuk Bandar Gold Coast, Ron Clarke yang berada di Malaysia minggu lalu untuk memberitahu secara rasmi tentang pembidaan Gold Coast menjadi tuan rumah, berkata kini terpulang kepada bandar raya itu untuk menarik perhatian para perwakilan.

"Persembahan telah dilakukan, fokusnya sekarang ialah untuk menonjolkan bandar raya ini kepada setiap kumpulan perwakilan yang tiba dan memastikan memperolehi undi mereka pada 11 November ini," katanya dalam satu kenyataan.

"Negara Afrika sangat kuat dalam acara olahraga dan bola sepak, jadi mengetengahkan kualiti venue dan kemudahan latihan kami untuk acara-acara ini adalah penting," tambah Clarke.

Ketua Eksekutif Bidaan Sukan Komanwel, Mark Peters berkata Gold Coast teruja tentang prospek menjadi tuan rumah acara sukan antarabangsa dan perlu memastikan para perwakilan menyaksikan keterujaan itu.

"Kami mempunyai venue dan kemudahan yang menakjubkan, suasana yang mesra dan selamat, dan kami memang gilakan sukan, jadi kami mahu memastikan perwakilan mempunyai peluang terbaik untuk mengalami kesemua yang Gold Coast dapat tawarkan," katanya yang dipetik oleh agensi berita Australian Associated Press.-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan