suria

Status Ancelotti Belum Pasti

KEDUDUKAN pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti masih lagi samar dan belum ada sebarang perancangan sekiranya dia dipecat oleh kelab selepas tamat musim ini.

“Saya belum tahu apa yang akan berlaku. Kami perlu menunggu seminggu lagi dan ia tidak lama. Kamu bertanyakan soalan ini dan saya tidak akan menjawab. Apa yang perlu kamu lakukan ialah terus bertanyakan kepada kelab, dan bukan kepada saya.

“Saya tidak ada jawapan semua soalan itu kerana kelab yang membuat keputusan mengenai tugas saya ini. Jika ia bagus, saya akan terus di sini, dan jika mereka rasa saya tidak bagus, saya perlu pergi dari sini.

“Pada pandangan saya, kadang kala saya telah menjalankan tugas dengan baik dan kadang kala ia terbaik,” katanya dalam satu kenyataan.

Pasukan Chelsea bakal menamatkan musim ini dengan kedudukan kedua selepas gagal mempertahan trofi yang dijulang tahun lalu, manakala Manchester United telah dinobatkan sebagai juara musim ini walaupun masih lagi berbaki satu perlawanan bertemu Blackpool.

Artikel Lain