suria

Penyertaan MUPC Semakin Meningkat

Siva (kiri) mempamerkan trofi MUPC bersama Safiq yang pernah beraksi pada kejohanan ini. Foto:SAM THAM/The Star
Siva (kiri) mempamerkan trofi MUPC bersama Safiq yang pernah beraksi pada kejohanan ini. Foto:SAM THAM/The Star
Siva (kiri) mempamerkan trofi MUPC bersama Safiq yang pernah beraksi pada kejohanan ini. Foto:SAM THAM/The Star

EDISI ke-13 Kejohanan Piala Perdana Manchester United (MUPC) menyaksikan lebih 200 pasukan bahagian pada saingan musim ini.

MUPC yang sebelum ini dikenali sebagai Nike Cup menjadi tarikan utama kepada pemian-pemain muda untuk menunjukkan bakat selain berpeluang bermain di peringkat tertinggi.

Pengurus Pemasaran Nike Malaysia Siva Shanker Jayaraj berkata, pertandingan diadakan sejak tahun 1999 merupakan satu inisiatif pihaknya untuk membantu membangunkan perkembangan bola sepak di peringkat akar umbi.

Katanya, setiap tahun jumlah penyertaan semakin meningkat kerana orang ramai mula sedar tentang kepentingan kejohanan ini diadakan.

“Tahun ini juga menyaksikan buat pertama kalinya Sabah dan Sarawak turut dijadikan lokasi untuk MUPC dan ia dianggap petanda positif dan dalam masa yang sama turut memberi peluang kepada kedua negeri ini mempamerkan pasukan terbaik mereka.

“Menerusi kejohanan ini juga, pemain muda yang berbakat akan dapat meraih pengalaman dalam senario pertandingan sebenar. Mereka akan berpeluang untuk mengasah bakat di peringkat awal,” katanya kepada media baru-baru ini.

Menurutnya kejohanan ini tutur mendapat kerjasama penuh daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), persatuan bola sepak negeri dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusingan pembukaan telah berlangsung pada 16 April lalu di Kuantan, Pahang, dan enam pasukan layak ke pertandingan akhir peringkat Malaysia.

Zon timur akan diwakili oleh SMK Putera (Kelantan) dan SMK Sultan Sulaiman (Terengganu), manakala SMK Pusat Bandar Puchong dan SMK Meru (Selangor) mewakili Zon Tengah, dan SMK Anderson (Perak) serta MSSPP (P.Pinang) mewakili Zon Utara.

Final peringkat Malaysia akan berlangsung di padang Majlis Sukan Nasional di Bukit Jalil pada 28 Mei ini dan pemenang akan mewakili Malaysia ke peringkat akhir rantau Asia Tenggara yang dijadualkan berlangsung di Si Racha, Thailand.

“Wakil peringkat serantau pula akan bersaing di final peringkat dunia di Carrington, yang merupakan padang latihan bagi kelab Manchester United, dan perlawanan akhir di stadium Old Trafford,” katanya.

Antara bintang bola sepak dunia yang dicungkil bakat mereka menerusi kejohanan ini termasuk Fernando Torres, Carlos Tevez, Robinho dan Fransesc Fabregas, manakala pemain tempatan termaasuk Safiq Rahim, Khyril Muhymeen, Adil Zafuan Abdul Razak dan Zaquan Adha Abdul Razak.

Siva berkata, sehingga kini sebanyak tiga kali wakil Malaysia telah berjaya beraksi di final, namun belum berpeluang dinobatkan sebagai juara.

“Walaupun tidak pernah memenangi kejohanan ini, tetapi kami gembira kerana mereka berjaya menamatkan saingan akhir dalam kelompok ke-15 keseluruhan,” katanya.

Artikel Lain