suria

United Julang Gelaran Kali Ke-19

MANCHESTER United berjaya menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) kali ke-19 selepas mengikat kedudukan 1-1 dengan Blackburn di Ewood Park, Sabtu.

Kejayaan ini sekali gus menjadikan United pasukan paling banyak meraih kejuaraan, mengatasi senarai pasukan Liverpool yang mencipta 18 rekod kejayaan sebelum ini.

Penyerang United, Wayne Rooney berjaya menyamakan kedudukan pada babak kedua (m-71) dengan sepakan penalti selepas Javier Hernandez dijatuhkan oleh penjaga gol tuan rumah, Paul Robinson.

Sebelum itu pasukan kendalian Sir Alex Ferguson tersentak dengan aksi garang Blackburn yang menjaring gol awal pada minit ke-20 oleh Brett Emerton.

Pada aksi ini, United hanya memerlukan satu mata bagi mengesahkan kejuaraan musim ini walaupun masih ada lagi satu baki perlawanan iaitu menentang Blackpool.

Ferguson dijangka akan merehatkan tiga pemain utamanya Edwin Van der Sar, Paul Scholes dan Patrice Evra pada pertemuan dengan Blackpool bagi memberi ruang untuk persiapan menghadapi perlawanan akhir Liga Juara-Juara (CL) menentang Barcelona 28 Mei ini.

Artikel Sebelum

West Ham Pecat Grant

Artikel Berikut

Artikel Lain