FAP Gugur Tujuh Pemain Termasuk Ketua Pasukan

Diterbitkan: Ahad, 15 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) menggugurkan tujuh pemain termasuk ketua pasukan Megat Amir Faizal Alkhalidy Ibrahim dalam usaha mengubah kedudukan tangga tercorot pasukan itu dalam Liga Perdana musim ini.

Presidennya Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata tindakan drastik itu diambil ekoran prestasi mereka mengecewakan semasa perlawanan.

Selain Megat Amir Faizal, enam pemain lain yang digugurkan daripada skuad ialah Hafizi Roslee, Mohd Arif Fazlie Saidin, S. Sathiakumaran, Mohd Arsyah Mohd Ayob, Mohd Rizal Ahmad dan Rahmad Najib Din.

"Sasaran kami adalah untuk mengumpul mata dalam baki perlawanan agar tidak tercicir dari Liga Perdana untuk musim depan," katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Justeru itu, Zahrain mengumumkan lapan pemain muda baru termasuk empat dari skuad Piala Presiden bagi menggalas tanggungjawab mencapai sasaran untuk kekal dalam Liga Perdana.

Tenaga muda yang terpilih ialah Muhammad Wazir Che Ani, S. Veenod, Shaiful Azizi Anuar, A. Muniandy dan empat pemain skuad Piala Presiden -- B. Thinagaran, R. Gajantheran, R. Puganeswaren dan Syamil Masdhoki.

Selepas 18 perlawanan musim ini, skuad Harimau Kumbang itu terperosok di tangga terbawah liga dengan hanya mengumpul satu mata tanpa sebarang kemenangan.

Zahrain berkata skuad itu telah mendapat bimbingan jurulatih baru iaitu bekas ketua jurulatih Kedah, Ahmad Yusof untuk menggantikan Robert Scully yang perkhidmatannya telah ditamatkan bulan lepas.

Mengenai soal gaji tertunggak yang menyebabkan pemain mempamerkan pemainan tidak konsisten, Zahrain berkata soal gaji bukan satu-satu isu utama prestasi buruk skuad itu musim ini.

"FAP telah tangani isu gaji seperti yang dijanjikan kepada semua pemain namun prestasi skuad ini masih tidak memberansangkan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan