Australia Tewaskan New Zealand 4-2

Diterbitkan: Ahad, 15 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Australia yang telah mengesahkan tempat ke perlawanan akhir Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah, malam Sabtu membenam New Zealand 4-2 dalam perlawanan di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, di sini.

Juara dunia itu yang sebelum ini mencatatkan empat kemenangan dan satu seri, bermula garang dengan gol pertama pada minit ke-12 yang dihasilkan oleh Brett Dancer.

Tiga minit kemudian, Glenn Turner menghadiahkan Australia gol kedua sebelum sekali lagi menewaskan penjaga gol New Zealand, Stephen Graham, seminit kemudian menjadikan kedudukan 3-0.

New Zealand cuba bangkit namun dikejutkan dengan gol keempat Australia yang hadir menerusi pukulan Christopher Ciriello pada minit ke-28.

Tidak patah semangat, New Zealand mengatur gerak dan menghasilkan gol pertama pada minit ke-31 menjadikan kedudukan 3-1 ketika separuh masa pertama berakhir.

Bermula babak kedua, New Zealand dilihat menguasai perlawanan namun cubaan demi cubaan gagal menghasilkan gol sehinggalah minit ke-68 menerusi Marcus Childs.

Ahad, Australia akan berdepan dengan Pakistan bagi perlawanan akhir, manakala New Zealand akan menentang Britain dalam perhitungan tempat ketiga dan keempat.

Sementara itu, India akan berdepan Korea Selatan dalam perlawanan menentukan tempat kelima dan keenam. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan