Kah Yan Layak Ke Kejohanan Dunia Di Shanghai

Diterbitkan: Sabtu, 14 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perenang wanita negara Chan Kah Yan berjaya melayakkan diri ke Kejohanan Dunia di Shanghai, China, Julai ini, atas merit selepas mencatatkan masa 29.70s dalam acara 50m kuak lentang.

Pada saingan hari kedua Kejohanan Renang Terbuka Malaysia di sini hari ini, Kah Yan menduduki tempat kedua selepas ketinggalan 0.25 saat di belakang pemenang emas Claudia Lau dari Hong Kong.

Walaupun gagal meraih emas, Kan Yan berjaya memperbaharui rekod kebangsaan 30.15s yang diciptanya sendiri pada Sukan Asia Guangzhou, China, tahun lepas.

"Saya memang terkejut apabila juru acara mengumumkan bahawa saya layak ke Kejohanan Dunia walaupun hanya mendapat tempat kedua. Ini cukup menggembirakan," katanya.

Kah Yan, yang menjadi Olahragawai Sukan Malaysia (Sukma) 2010 di Melaka, berkata beliau memang meletakkan sasaran untuk layak ke Kejohanan Dunia dalam acara 50m kuak lentang pada tahun ini.

Berikutan keputusan itu, Kah Yan dan Claudia melepasi masa kelayakan Kejohanan Dunia iaitu 29.80s dalam kategori B.

Kejohanan Terbuka Malaysia tahun ini diiktiraf oleh Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) sebagai medan kelayakan temasya Sukan Olimpik 2012 dan Kejohanan Dunia.

Di samping Kah Yan, seorang lagi perenang dari Pahang, Yap Si Tuan, memperbaharui rekod kebangsaan acara 50m kuak dada wanita dengan catatan 29.46s, iaitu mengatasi rekod 29.78s, yang dilakukan pada Sukan Komanwel New Delhi tahun lepas.

Sementara itu, perenang Kuala Lumpur, Ian James Barr mencipta rekod kejohanan dengan merangkul emas dalam acara 200m rampaian individu lelaki.

Beliau mencatatkan masa 2:07.85s untuk memperbaharui catatan masa 2:08.33s yang dipegang oleh perenang India, Rehan Poncha, pada edisi 2008.

Kejohanan itu akan menyaksikan 10 lagi acara dipertandingkan esok. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan