Penyokong Kelantan Kecewa Bendera Dibakar

Diterbitkan: Jumaat, 13 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Penyokong pasukan bola sepak Kelantan kecewa dengan insiden membakar bendera negeri itu semasa perlawanan Liga Super antara Kelantan dan Negeri Sembilan di Stadium Paroi, Negeri Sembilan, Selasa lalu.

Timbalan Presiden Kelab Cyber Bola Sepak Kelantan (Kelate Dot Net), Mahizi Mahmood, berkata perbuatan itu menghina maruah sesuatu negeri dan Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) patut dihukum kerana insiden berkenaan.

"Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu mengambil tindakan tegas kerana perbuatan seperti itu menjejaskan semangat kesukanan," katanya.

Timbalan Presiden Kelab Penyokong The Red Warriors, Mohamed Zainy Mohd Zain, berkata tindakan mereka yang membakar bendera sesuatu negeri adalah tidak bertamadun.

Setiausaha Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan, Harun Ali, meminta agar peminat bola sepak tempatan tidak melatah dengan insiden itu dan berharap ia menjadi iktibar agar tidak ada pihak akan berbuat sesuatu yang boleh menimbulkan kontroversi.

"Harap perkara ini tidak berpanjangan demi semangat kesukanan," katanya.

Kelantan dan Negeri Sembilan seri tanpa jaringan pada perlawanan itu. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan