MOM Mohon Penganjur Olimpik London Tambah Tiket

Diterbitkan: Jumaat, 13 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memohon 30 hingga 40 tiket tambahan daripada penganjur Sukan Olimpik London 2012 berdasarkan permintaan daripada persatuan sukan tempatan terutama untuk acara akhir sukan badminton dan berbasikal trek.

Setiausaha Kehormatnya Datuk Sieh Kok Chi berkata 646 tiket yang diperuntukkan kepada MOM berbanding 999 keping yang dipohon tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan daripada badan sukan gabungannya.

"MOM telah merayu untuk tambahan tiket tetapi terpaksa menunggu hingga akhir Julai kerana penganjur temasya tersebut akan melakukan undian terlebih dahulu bagi menentukan negara yang akan menerima baki peruntukan tiket selepas jualan tiket global ditutup 24 April," katanya kepada Bernama di sini Khamis.

Penganjur Sukan Olimpik London menawarkan sejumlah 8.8 juta keping tiket dengan 75 peratus atau 6.6 juta tiket akan dijual kepada penduduk Britain dan kawasan Kesatuan Eropah manakala baki 2.2 juta tiket diperuntukkan untuk peminat dari benua lain.

Sieh berkata jumlah 646 tiket yang diperuntukkan kepada MOM adalah kurang 30 peratus berbanding jumlah yang diterima semasa Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China.

Beliau berkata bagi orang awam pula, mereka boleh membuat tempahan terus kepada ejen yang dilantik MOM iaitu Aristeia Sports Communication (ASC) bagi menyaksikan temasya sukan terbesar dunia itu yang akan berlangsung di London dari 27 Julai hingga 12 Ogos tahun depan.

Tempahan kepada ASC boleh dibuat menerusi laman web malaysia.london.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan