Rakyat Kelantan Dipelawa Sertai Larian Komuniti Kepolisian - Sukan | mStar

Rakyat Kelantan Dipelawa Sertai Larian Komuniti Kepolisian

Diterbitkan: Khamis, 12 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Rakyat Kelantan dipelawa menyertai Larian Komuniti Kepolisan Bersama Rakyat anjuran polis Kelantan pada 28 Mei ini, kata Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim.

Katanya program julung kali itu khas bagi rakyat negeri itu supaya berdamping lebih rapat bersama anggota polis dalam membendung kegiatan jenayah selain menggalakkan gaya hidup sihat.

Katanya semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia dipelawa menyertai larian itu secara percuma dan hadiah menarik disediakan, katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Sempena dengan larian itu di sini, katanya, pameran khas cegah jenayah juga akan diadakan.

Mazlan berkata larian itu, yang bermula 8 pagi itu, terbahagi kepada empat kategori iaitu lelaki sejauh 10 kilometer, wanita (5km), veteran berusia 45 tahun ke atas (2.5km) dan kategori orang kenamaan sejauh 2.5km.

Katanya orang ramai boleh mendapatkan borang penyertaan di Ibu Pejabat Polis atau mana-mana balai polis berhampiran dan tarikh tutup penyertaan ialah pada 21 Mei ini. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan