Selangor Rampas Takhta Liga Super

Diterbitkan: Selasa, 10 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selangor merampas kedudukan teratas Liga Super daripada pasukan Kelantan, selepas ia menewaskan Kedah 2-0 pada pertemuan di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Isnin.

Pasukan Red Giants itu hanya bangkit pada babak kedua untuk mencari gol kemenangan menerusi Mohd Fadzil Saari pada minit ke-59 dan Rudie Ramli pada minit ke-87.

Kejayaan Selangor di bawah bimbingan jurulatih K.Devan itu membolehkan pasukan tersebut kini mengumpul 42 mata, tiga mata di hadapan pencabar terdekat Kelantan, yang sebelum ini mengungguli liga berdasarkan kelebihan gol.

Bagaimanapun sehingga malam ini Selangor sudah mengharungi 19 perlawanan berbanding Kelantan 18.

DiCheras, pertemuan dua pasukan tercorot liga menyaksikan pasukan Kuala Lumpur membenam cabaran Perlis 3-0 untuk kemenangan keempat buat Kuala Lumpur setakat ini.

Di Shah Alam, Harimau Muda A gagal mempamerkan aksi yang menarik apabila sekadar terikat seri 1-1 dengan Perak di Stadium Shah Alam.

Gol pembuka tirai Harimau Muda A hadir pada babak akhir separuh masa pertama yang dijaringkan oleh Gary Steven Robbat pada minit ke-45 sebelum Wan Hossen Wan Abd Ghani membuat gol penyamaan Perak

Di Johor Bahru, pasukan Johor FC tidak mensia-siakan peluang bermain di tempat sendiri apabila menang tipis 2-1 ke atas Terengganu.

Dua gol pasukan tuan rumah masing-masing dijaringkan oleh Mohd Khairul Ismail seawal minit ke-14 dan Mohd Izuan Jarudin menyumbat gol kedua selang tiga minit kemudian, manakala gol saguhati Terengganu dijaringkan oleh Ismail Faruqi Ashari (min-52).

Di Kota Kinabalu, Sabah memperoleh kemenangan keempatnya dalam saingan liga apabila jaringan Shahrul Azhar Ture dan Zainizam Marjan masing-masing pada minit ke-36 dan 71 sudah cukup membantu Sabah meraikan kemenangan di tempat sendiri untuk menumpaskan Pahang 2-0 pada aksi di Stadium Likas.

Di Kuala Terengganu, pasukan kelab dari Terengganu T-Team juga mengutip mata penuh dalam usaha menewaskan Felda United 2-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Dua jaringan tuan rumah masing-masing dijaringkan oleh Indra Putra Mahayuddin seawal minit ke-2 dan Muhd Badrul Hisani Abd Rahman (min-86).

Sementara itu, pada perlawanan Liga Perdana, peluang Sarawak merapatkan jurang dengan pendahulu liga, Selangor PKNS, kembali terbuka apabila menang selesa 3-0 ke atas pasukan kedua tercorot liga, SDM Navy di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.

Keputusan itu menyaksikan skuad anak didik Mohamad Zaki Ahmad mengutip tiga mata penuh untuk mengumpul 36 mata untuk berada di tangga kedua liga dengan 11 kemenangan setakat ini di belakang pendahulu liga yang berkelebihan enam mata.

Tiga gol pasukan Bujang Senang masing-masing dijaringkan oleh Bobby Gonzales pada minit ke-57, Mohd Dzulazlan Ibrahim (min-75) dan Khairul Azahar Eidrus (min-87).

Di Selayang, Sime Darby mengukuhkan kedudukan untuk berada di tangga ketiga liga malam ini apabila menewaskan pasukan tercorot liga, Pulau Pinang 3-0 pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya.

Satu lagi perlawanan yang berlangsung di Lembah Klang menyaksikan Pos Malaysia berjaya menjinakkan Harimau Muda dengan keputusan tipis 1-0 pada perlawanan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan