India Seri Dengan Juara Dunia

Diterbitkan: Isnin, 9 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: India berjaya menyaingi ketangkasan juara dunia Australia apabila seri 1-1 pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah, di sini, Ahad.

Walaupun Australia menguasai perlawanan tetapi penjaga gol India, Adrian D'Souza bertindak cemerlang untuk menafikan juara lima kali itu daripada mencapai kemenangan kedua selepas menang 2-1 ke atas Malaysia, Jumaat lalu.

Australia memulakan perlawanan dengan rentak pantas dan teratur dan mendapat peluang seawal minit keempat apabila bola hantaran pemain pertahanan India, Rupinder Pal Singh dipintas oleh Glenn Turner.

Turner kemudian melakukan pukulan ke gawang gol tetapi berjaya diselamatkan oleh Adrian dan dua kemudian Jacob Whentton tersasar jaringan untuk Australia.

Bagaimanapun, Whentton menebus kekecewaan apabila menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-14.

Namun, India, selaku juara bertahan bersama Korea Selatan, mendapat peluang untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-19 tetapi Shivendra Singh gagal mengatasi penjaga gol Australia, George Bazeley.

India, yang tewas kepada Korea Selatan 2-3 dan menewaskan Britain 3-1 sebelum ini, akhirnya menyamakan kedudukan apabila Rupinder menjaringkan gol menerusi pukulan sudut penalti pertama pasukan pada minit ke-23.

Sementara itu, Britain meleburkan rekod tanpa kalah Pakistan dengan kemenangan 3-2.

Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi menarik dengan saling berbalas serangan dari awal permainan tetapi ketangkasan benteng pertahanan masing-masing berjaya mengawal pintu gol daripada dibolosi.

Robert Moore membuka jaringan pembukaan Britain pada minit kelapan sebelum Sohail Abbas menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-31.

Pada babak kedua, Britain, yang menewaskan Malaysia 3-2 dan tewas 1-3 kepada India sebelum ini, berjaya menambah dua jaringan menerusi Jonathan Clark pada minit ke-39 dan 63 sebelum Abdul Haseem Khan merapatkan jaringan pada minit ke-64.

Dalam perlawanan terakhir hari ini, Korea dan New Zealand seri 1-1.

Kedua-dua pasukan bermain cemerlang bagi mencari gol pendahuluan tetapi serangan yang dilakukan di pintu gol masing-masing gagal membuahkan hasil sepanjang babak pertama perlawanan.

Benjamin Collier menjaringkan gol pembukaan New Zealand pada minit ke-50 dan Jang Hong Hyun menyamakan kedudukan lapan minit kemudian menerusi pukulan sudut penalti.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan