Chong Wei, Kien Keat-Boon Heong Muncul Juara GP Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 9 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pasangan beregu negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong muncul juara pada Kejohanan
Grand Prix Emas Terbuka Malaysia di Stadium Sultan Abdul Halim, Ahad.Foto: CHIN CHENG YEANG/ The Star
Pasangan beregu negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong muncul juara pada Kejohanan Grand Prix Emas Terbuka Malaysia di Stadium Sultan Abdul Halim, Ahad.Foto: CHIN CHENG YEANG/ The Star

ALOR SETAR: Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan beregu utama negara Koo Kien Keat-Tan Boon Heong muncul juara pada Kejohanan Grand Prix Emas Terbuka Malaysia di Stadium Sultan Abdul Halim, Ahad.

Pada perlawanan akhir malam ini, Chong Wei menundukkan pilihan ketujuh Bao Chunlai dari China 21-9 dan 21-19 dalam masa 42 minit untuk merangkul kejuaraan kelimanya tahun ini manakala Kien Keat-Boon Heong mengalahkan pasangan Indonesia Alvent Yulianto Chandra-Hendra Aprida Gunawan 21-16, 21-7.

Chong Wei, pemain nombor satu dunia, mudah menjinakkan Chunlai dengan corak permainan pantas dan mengelirukan serta pukulan kencang untuk menang set pertama 21-9 tetapi pada set kedua Chunlai memberikan tentang sengit.

Pada set kedua mereka saling mengejar mata dengan Chong beberapa kali membuat kesilapan terutama pukulan yang tersangkut di jaring dan pada satu ketika ketinggalan 17-19 tetapi bangkit untuk menang 21-19 bagi membawa pulang hadiah wang tunai US$9,000 (RM27,000).

Chong Wei berkata semasa set pertama beliau tidak menghadapi masalah tetapi apabila masuk set kedua beliau merasakan terdapat angin yang menolak bulu tangkisnya menyebabkan dia tidak dapat mengawal dengan baik.

"Apabila Chunlai mendahului 19-17 pada set kedua, saya mula bermain dengan berhati-hati agar tidak melakukan kesilapan sehinggalah saya mendapat mata akhir," katanya.

Chong Wei berkata beliau akan lebih fokus pada perlawanan-perlawanan akan datang dan akan mengumpul mata sebanyak mungkin untuk ke layak ke Sukan Olimpik 2012.

"Apabila menjadi pemain nombor satu dunia, saya perlu seimbangkan prestasi ini agar tidak jatuh. Sokongan yangdiberikan kepada saya menyebabkan saya lebih bersemangat untuk menang pada masa hadapan," katanya.

Katanya beliau berharap kejayaan itu dapat diteruskan sehingga ke Sukan Olimpik London tahun depan.

Pasangan Kien Keat-Boon Heong pula mengalami nasib berbeza sebelum menang apabila terpaksa bertungkus lumus untuk menang set pertama 21-16 tetapi saingan set kedua lebih mudah apabila menang 21-7, kejuaraan utama pertama mereka dalam tempoh 16 bulan.

Boon Heong berkata perlawanan akhir kali ini tidak terlalu berat dan mereka mempunyai keyakinan yang tinggi untuk menang.

"Apabila mendapat tahu salah seorang pemain Indonesia mengalami kecederaan, kami lebih bersemangat dan menang mudah pada set kedua," katanya yang berkongsi hadiah kemenangan US$9,480 (RM28,450).

Mereka yang akan memulakan sesi latihan pada Rabu ini berharap akan terus memberi aksi cemerlang pada kejohanan-kejohanan akan datang setelah berjaya menamatkan kemarau kejuaraan malam ini.

Terdahulu itu, beregu campuran Indonesia Tantowi Ahmad-Liliya Natsir menundukkan beregu muda Malaysia Chan Peng Soon-Goh Liu Yin 18-21, 21-15 dan 21-19 untuk menjuarai acara beregu campuran.

Perseorangan wanita menyaksikan pilihan kedua Wang Xin dari China menundukkan pilihan pertama kejohanan Saina Nehwal dari India 13-21, 21-8 dan 21-14.

Perlawanan beregu wanita yang menyaksikan pertembungan sesama pasangan Jepun dimenangi oleh pilihan pertama Miyuki Maeda-Satoko Suetsuna yang menewaskan Shizuka Matsuo-Mami Naito 21-18 dan 21-13.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. Turut berangkat sama Sultanah Kedah Sultanah Haminah Hamidun.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan