suria

Senarai Akhir Atlet Diputuskan Julai

KUALA LUMPUR: Senarai akhir atlet yang akan mewakili negara pada Sukan Sea ke-26 di Indonesia dari 11 hingga 25 Nov ini, akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa pemilihan khas pada Julai nanti.

Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Sieh Kok Chi berkata semua persatuan sukan kebangsaan terlibat diarah supaya menyediakan senarai atlet mereka yang layak bertanding.

"Ada dua bulan lagi untuk persatuan menyediakan senarai tersebut, jadi buat masa ini MOM belum putuskan apa-apa mengenai penyertaan atlet," katanya, Selasa.

Sieh berkata demikian selepas menghadiri majlis sumbangan tajaan syarikat pengeluar produk perubatan dan kesihatan Global Jianyou Technology Co Ltd kepada MOM di Wisma MOM.

Syarikat dari Beijing itu menaja 40 unit pengurut nadi elektronik yang sesuai digunakan untuk merawat kecederaan otot dan mempercepatkan proses penyembuhan.

Antara persatuan sukan yang menerima sumbangan itu ialah Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Persatuan Renang Amatur Malaysia, Persatuan Bola Keranjang Malaysia, Persekutuan Gimnastik Malaysia dan Persekutuan Wushu Malaysia.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain